sekalung tahniah buat Fakulti
Kejuruteraan Elektrik yang telah berjaya menganjurkan Bulan Kualiti UiTM 2009 dengan jayanya. Bulan Kualiti UiTM 2009 yang bermula pada 13 Oktober hingga 9 Disember 2009 telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti riadah dan perkongsian ilmu.
Majlis kemuncak Bulan Kualiti yang diadakan pada 9 Disember 2009
berlangsung …
Taniah diucapkan kepada UiTM Perak kerana telah berjaya dinobatkan sekali lagi Juara Keseluruhan AKNC 2009. UiTM Perak juga berjaya merangkul Johan Kampus Negeri AKNC 2009.
Bersempena Bulan Kualiti UiTM Terengganu, beberapa aktiviti akan diadakan sepanjang bulan Disember – Januari (14hb Disember 2009 – 16hb Januri 2010) ini. Antaranya ialah : -
Majlis Pelancaran Bulan Kualiti
Pertandingan ” Sehari Kembara Kualiti”
Pertandingan 5s
Pertandingan Lanskap
Pertandingan Q-Thon
Ekspo Amalan Kualiti
Hari Keluarga UiTMT
Untuk keterangan selanjutnya sila layari : http://terengganu.uitm.edu.my/
Tahniah , Projek Pusat Kecemerlangan Akademik (PKA) dari UiTM Terengganu telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Konvensyen Amalan Pengurusan Terbaik 2009 yang telah diadakan pada 9 Disember 2009 lalu. Selain itu UiTM Terengganu juga , telah memenangi 3 lagi anugerah dalam kategori Anugerah Khas Penilai(Kategori Pameran), Inisiatif Terbaik ( Kategori Projek) dan …
21 December 2009
All
KIK yang sebelumnya dikenali sebagai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) telah diamalkan di UiTM sejak 1985. Tahniah kepada Kampus Cawangan Perlis di atas penganjuran Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) pada 2-5 Disember 2009. Sebanyak 31 penyertaan telah dipertandingkan. Johan keseluruhan adalah Kumpulan Berlian dari Kampus Cawangan Sarawak. Syabas kepada semua …
25 November 2009
AKNC
Di antara tujuan blog ini diwujudkan adalah bagi membolehkan InQKA menyelami isi hati warga UiTM mengenai perjalanan AKNC sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1992 dan menghargai sumbangan fakulti , bahagian dan kampus cawangan yang menepati kriteria pengurusan berkualiti. Anugerah ini telah dilancarkan secara formal pada tahun 2001. Sejak diperkenalkan, anugerah …
Best Viewed with resolution of 1024 x 768 (or higher) and supports Internet Explorer 7.0+ or Firefox 2.0+